Kerajaan China mengecam tindakan Amerika Syarikat yang didakwa cuba untuk membeli sokongan negara rantau Asia Pasifik bagi menentang Beijing.
Ketegasan itu disuarakan Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe bagi menampar kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin yang mengatakan bahawa negara tembok besar itu menjadi punca ketidakstabilan di rantau berkenaan.